Kita adalah apa yang kita fikirkan

Assalammualaikum w.r.b.t

sebelum kita mula berbicara tentang topik kita pada hari ni, saya ingin ucapkan selamat menyambut hari keputeraan Saiduna wahabibina waNabiyuna Muhammad s.a.w pada tanggal 12 rabiulawal yang lalu. Marilah kita sama panjatkan sebanyak2nya salawat dan salam kita kepada baginda yang banyak berkorban demi memastikan syiar Islam terus bersinar di muka bumi Allah ini. Allahumma solli ala saidina Muhammad.

'Kita adalah apa yang kita fikirkan', saya yakin semua orang pasti pernah mendengarnya. tetapi tidak ramai yang faham dengan maksud ungkapan tersebut.

Apa sebenar maksudnya? akan dirungkai sekarang. pernahkah anda memikirkan tentang diri anda? iya, memikirkan apa sahaja. soal pesonalitinya, kewangan, kekangan kerja, cinta, marahkan seseorang atau sebagainya.

Pasti perasaan anda akan berubah mengikut emosi yang anda lahirkan. betul atau tidak hanya anda yang tahu. itulah sebabnya kata2 kita seharian sangat mempengaruhi pola pemikiran kita pada hari tersebut.

Anda boleh cuba sekarang, katakan apa sahaja tentang diri anda dan rasakan sendiri.

Semoga perkongsian ini berguna dan bermanfaat. tunggu perkongsian saya seterusnya.

-salam