salam motivasi.bertemu kita lagi di ruangan yang terbatas ini.sudah lama saya tidak menemui anda semua.Saya memohon ribuan kemaafan dari anda semua.
Hari ini kita hendak berbicara tentang jadual.semua orang mempunyai jadual hidup sendiri.ada yang xtvtnya penuh,ada juga yang biasa-biasa saja,ada juga yang banya rehat dari berkerja.apa-apapun,anda sendiri mengetahui jadual hidup anda.
Tujuan jadual bukan untuk menyekat xtvt,tetapi ia lebih untuk mendisiplinkan diri.orang yang inginkan kejayaan perlukan jadual.
Orang yang tiada jadual hidup akan terumbang ambing.kerja yang dilakukan tidak konsisten dan sistematik.dibawah ini saya gariskan beberapa item penting dalam penyusunan jadual :
1-disenangi dan tiada unsur paksaan yang melampau.
2-sistematik dan tersusun
3-diterima logik akal.con toh tak logik: tidur 1 jam,study 15 jam.
4-tidak mengabaikan tuntutan agama.contoh:masa untuk solat.
5-ditulis dan dilekatkan.
Cara membuat jadual,mudah sahaja,buat ikut kata hati anda dan jangan sesekali menipu diri sendiri dengan meletakkan perkara yang anda tak mampu lakukan.
Letakkan rehat dan tidur dalam jadual anda,ada orang yang memandang rehat sesuatu yang tidak penting.
Jika anda seorang yang tidak berdisiplin,letakkan denda kepada diri sendiri jika melanggar aturan jadual.ini bagi mengelakkan anda terus kekal dalam keadaan yang demikian.
Penting sekali untuk menyusun jadual mengikut kesukaan anda.contoh: study waktu malam,tidur waktu siang.tidak mengapa,ikut hati anda.asalkan perkara-perkara yang wajib anda lakukan ditinggalkan sebab kelalaian anda.
Selamat mencuba.semoga kita semua menjadi manusia yang sistematik.kejayaan milik orang yang berusaha dan bukan milik orang yang mengelamun dan malas.
Berusahalah dan jangan lupa doa dan tawakkal kepada Allah.