Sudah lama saya tidak mengemaskini blog,bukan kerana banyak tugasan lain,bukan juga kerana tidak ada idea di minda.tetapi saya terlalu sibuk menguruskan blog saya yang satu lagi.maafkan saya.Sikap saya yang terlalu obses dengan blog saya itu menyebabkan saya tidak langsung mempedulikan blog yang ini.
Keadaan ini boleh terjadi kerana minda saya tidak langsung memfokuskan mufajari.blogspot.com ini.saya seolah-olah tidak nampak kelibatnya walaupun hakikatnya ia ada di depan mata saya.
Begitulah cara otak kita bekerja,apa yang difokus,itulah yang dimain-mainkan di minda kita.contoh,bila kita memfokuskan kesedihan,maka filem dan drama kesedihanlah yang akan dimainkan.keadaan itu akan menyebabkan badan kita lemah seperti orang yang sedang sedih.
Pernahkah anda mencari barang yang hilang tetapi hakikatnya hanya di depan mata anda?pasti pernahkan.saya pernah melaluinya.ceritanya di suatu pagi pada hari pertama saya akan menjalani peperiksaan,saya kehilangan kad matrix yang sangat penting.tanpanya akan menyebabkan saya gagal untuk masuk ke dewan peperiksaan kecuali dengan rayuan.Tempat yang selalu saya letakkan ialah di dalam bag galas saya.akibat terlalu panik kerana selongkaran saya yang pertama di dalam bag tidak menjumpai kad tersebut,saya jadi kalut dan gelabah.habis almari dan laci diselongkar dengan teruknya.Di dalam kepala saya hanya memikirkan akibat yang bukan-bukan yang bakal saya terima nanti.hati jadi tak tenteram,pemikiran jadi kusut,badan jadi lemah.saya rasa,kalau diberi wang seribu sekalipun semasa itu,saya akan tolak mentah2.kemudian kawan sebilik saya bersuara "cube ko tengok balik dalam bag tu" saya pun mengikut saja kata kawan saya tadi,alangkah gembiranya hati saya apabila melihat kelibat kad hijau yang saya cari tadi,ianya ada terselit di celah2 kertas.saya jadi malu dan terkedu seketika.