Muktamar PAS Buat Umno Meroyan

Alhamdulillah kini kita di bulan Rejab yang dimuliakan Allah.bermakna tak lama jer lagi nak puasa.tahun lepas puasa di perantauan,tahun ni tak tau lagi.rasanya di perantauan lagi.coz tak cukup bajet nak terbang membelah awan.kalau ada chalie free ok jugak,tapi sape nak bagi yop.takkan nak mengharap mesir huru hara lagi kot.

Muktamar PAS baru jer berlalu.muka2 baru telah menerajui pas bermula dari Timb. Presiden yang dimenangi oleh Abg Mat Sabu nama manjanya.dan lain2 lain2 la.aku dah post keputusan pemilihan sebelum ni,korang tengok la sendiri.

Bila abg Mat naik,maka bergempitalah seluruh malaya melaungkan ulama' dah dikalahkan oleh profesional dalam PAS.yang meroyan gila sepera ni tak lain tak bukan mestilah umno dan sekutunya.orang2 ni tau bising jer,usah dilayan.apa ker bangang (perkataan kasarnya untuk mereka)puak2 ni?presidenkan masih ulama'.mursyidul amm pun ulama',apa nak dihairankan.lagipun,walaupun yang lain2 tu profesional,tapi mereka semua bergurukan ulama'.tak macam umno,ulama' diletak setaraf kaki.langsung tak dipeduli,yang menasihati yahudi.bagi aku,selagi parti dipacu dalam landasan yang betul dan berpegang pada prinsip.tak ada benda yang layak dipertikai.majlis syura ulama' ada sebagai penasihat.kita yang bawah2 ni janganlah takut tak tentu hala.bagi aku secara peribadi,yakin dengan kepimpinan baru PAS ini akan terus memacu parti dan mencapai impian menakluk putrajaya.

Isu negara berkebajikan pun puak2 ni mainkan jugak.katanya PAS dah gadaikan prinsip negara Islam.nak jawab mudah jer,tak payah bukak kitab pun.Berkebajikan tu kan ada dalam Islam,gadai prinsip apanya.cuma keluarkan satu prinsip negara Islam tu supaya jelas.sejak bila la puak ni hafal prinsip2 PAS.memang puak ni dah takut sangat sekarang ni.tu la meroyan tak tentu pasal.hancur kau umno!

~Dah lama tak tulis artikel ganas~

Pengajaran dari Sikap Gelabah

Sudah lama saya tidak mengemaskini blog,bukan kerana banyak tugasan lain,bukan juga kerana tidak ada idea di minda.tetapi saya terlalu sibuk menguruskan blog saya yang satu lagi.maafkan saya.Sikap saya yang terlalu obses dengan blog saya itu menyebabkan saya tidak langsung mempedulikan blog yang ini.

Keadaan ini boleh terjadi kerana minda saya tidak langsung memfokuskan mufajari.blogspot.com ini.saya seolah-olah tidak nampak kelibatnya walaupun hakikatnya ia ada di depan mata saya.

Begitulah cara otak kita bekerja,apa yang difokus,itulah yang dimain-mainkan di minda kita.contoh,bila kita memfokuskan kesedihan,maka filem dan drama kesedihanlah yang akan dimainkan.keadaan itu akan menyebabkan badan kita lemah seperti orang yang sedang sedih.

Pernahkah anda mencari barang yang hilang tetapi hakikatnya hanya di depan mata anda?pasti pernahkan.saya pernah melaluinya.ceritanya di suatu pagi pada hari pertama saya akan menjalani peperiksaan,saya kehilangan kad matrix yang sangat penting.tanpanya akan menyebabkan saya gagal untuk masuk ke dewan peperiksaan kecuali dengan rayuan.Tempat yang selalu saya letakkan ialah di dalam bag galas saya.akibat terlalu panik kerana selongkaran saya yang pertama di dalam bag tidak menjumpai kad tersebut,saya jadi kalut dan gelabah.habis almari dan laci diselongkar dengan teruknya.Di dalam kepala saya hanya memikirkan akibat yang bukan-bukan yang bakal saya terima nanti.hati jadi tak tenteram,pemikiran jadi kusut,badan jadi lemah.saya rasa,kalau diberi wang seribu sekalipun semasa itu,saya akan tolak mentah2.kemudian kawan sebilik saya bersuara "cube ko tengok balik dalam bag tu" saya pun mengikut saja kata kawan saya tadi,alangkah gembiranya hati saya apabila melihat kelibat kad hijau yang saya cari tadi,ianya ada terselit di celah2 kertas.saya jadi malu dan terkedu seketika.

Kepentingan jadual hidup

salam motivasi.bertemu kita lagi di ruangan yang terbatas ini.sudah lama saya tidak menemui anda semua.Saya memohon ribuan kemaafan dari anda semua.

Hari ini kita hendak berbicara tentang jadual.semua orang mempunyai jadual hidup sendiri.ada yang xtvtnya penuh,ada juga yang biasa-biasa saja,ada juga yang banya rehat dari berkerja.apa-apapun,anda sendiri mengetahui jadual hidup anda.

Tujuan jadual bukan untuk menyekat xtvt,tetapi ia lebih untuk mendisiplinkan diri.orang yang inginkan kejayaan perlukan jadual.

Orang yang tiada jadual hidup akan terumbang ambing.kerja yang dilakukan tidak konsisten dan sistematik.dibawah ini saya gariskan beberapa item penting dalam penyusunan jadual :
1-disenangi dan tiada unsur paksaan yang melampau.
2-sistematik dan tersusun
3-diterima logik akal.con toh tak logik: tidur 1 jam,study 15 jam.
4-tidak mengabaikan tuntutan agama.contoh:masa untuk solat.
5-ditulis dan dilekatkan.

Cara membuat jadual,mudah sahaja,buat ikut kata hati anda dan jangan sesekali menipu diri sendiri dengan meletakkan perkara yang anda tak mampu lakukan.

Letakkan rehat dan tidur dalam jadual anda,ada orang yang memandang rehat sesuatu yang tidak penting.

Jika anda seorang yang tidak berdisiplin,letakkan denda kepada diri sendiri jika melanggar aturan jadual.ini bagi mengelakkan anda terus kekal dalam keadaan yang demikian.

Penting sekali untuk menyusun jadual mengikut kesukaan anda.contoh: study waktu malam,tidur waktu siang.tidak mengapa,ikut hati anda.asalkan perkara-perkara yang wajib anda lakukan ditinggalkan sebab kelalaian anda.

Selamat mencuba.semoga kita semua menjadi manusia yang sistematik.kejayaan milik orang yang berusaha dan bukan milik orang yang mengelamun dan malas.

Berusahalah dan jangan lupa doa dan tawakkal kepada Allah.

kuasa kata-kata

Assalammualaikum w.r.b.t


Bertemu kita kembali, semoga kalian berada dalam keadaan ceria-ceria selalu hendaknya.

Hari ini kita hendak bicarakan tentang kuasa lidah atau lebih tepatnya kata-kata.

kuasa kata-kata bukan bermakna lidah itu punyai kuasa luar biasa tetapi lidah itu jika digunakan dengan cara luar biasa mampu membangkitkan kuasa yang ada pada diri kita.

Contohnya jika kita seorang ketua, yang dihormati dan disegani. pekerja kita dapat mematuhi arahan kita satu persatu sehingga berjaya mengikut ketetapan yang kita berikan.

Samalah juga dgn diri kita. kita mampu mengarahkan diri dan minda kita dgn kata2 pd bila2 masa shj krn minda kita mrpkn pekerja yg setia utk melakukan apa shj arhn kt dgn syarat kt seorang ketua yg baik dan mengeluarkan arhn dgn tegas. biarpun arhn itu baik atau tdk, demi ketuanya minda sggp menerimanya dan melaksanakannya.

anda masih ragu2? baiklah, cuba anda katakan apa shj yg anda ingin. gembira,bahagia,tenang,marah,benci atau apa shj keinginan anda, minda akan menangkapnya sbg arahan yang anda keluarkan kpdnya utk diambil tindakan segera.

Contohnya jika anda katakan pd diri anda 'adoi, malasnya hari ni' dlm ms bbrp saat shj maklmt itu akn dianalisis strsny di sebarkan kpd sistem imun badan utk diproses sbg 'malas', akbtnya mutu kerja anda pd hr itu rendah dan tidak bermutu.

Ini yg dikatakan kuasa, ia blh berubah pd bl2 ms yg anda perlukan. itulah sbbnya stp org yg hbt pasti mmpunyai kt2 perangsangny sndiri bg memperolehi kejayaan yg diingini.

Mungkin anda pernah melalui apabila rakan anda menegur muka anda pucat spt org yg sdg sakit..walaupun pd ms itu anda dlm keadaan sht. stlh anda memilih utk mempercayainya, pasti tb2 bdn anda terasa lemah dan muka anda pucat spt apa yang rkn anda katakan.

Oleh itu,mulai hr ni katakanlah yg terbaik bt dr anda.

Semoga berjaya..

'Anda, adalah apa yang anda fikirkan' siri 2

Assalammualaikum..

Semoga hari ini hari yang menggembirakan buat kita semua. kegembiraan yang membuatkan kita terseyum sendirian atau lebih manis dikongsi bersama orang lain.

Baiklah, persoalan saya, dari mana datangnya perasaan gembira anda? pastinya jawapannya dari hati. apa yang menyebabkan anda gembira? itu anda sendiri yang tahu.

Sudah tentu anda telah membaca entri saya sebelum ini, mengenai 'kita, apa yang kita fikirkan' mana yang belum membacanya boleh memilih mana satu yang perlu didahulukan.

Baiklah, berbalik kepada perbincangan kita. entri saya sebelum ini menyatakan kitalah yang melahirkan emosi yang kita mahu.

contohnya kegembiraan seperti yang saya sebut pada awal entri. adakah secara automatik anda merasa gembira setelah membaca perkataan ' gembira'..anda pasti akan terbayang hari2 yang anda lalui sebelum ini.

Secara automatik minda menayangkan kepada anda detik2 itu. apapun tayangannya, pasti ia akan mengubah emosi anda. akhirnya anda tersenyum tanpa anda sedari. kecerian mula terpancar dan mempengaruhi aktiviti anda.

Inilah saya maksudkan 'anda adalah apa yang anda fikirkan'. mudah bukan? sekelip mata ia mengubah keadaan anda.

Anda berhak menentukan hidup anda. teruskan fositif menilai hidup. kerana 'Anda, adalah apa yang anda fikirkan'


Salam kecerian..

Kita adalah apa yang kita fikirkan

Assalammualaikum w.r.b.t

sebelum kita mula berbicara tentang topik kita pada hari ni, saya ingin ucapkan selamat menyambut hari keputeraan Saiduna wahabibina waNabiyuna Muhammad s.a.w pada tanggal 12 rabiulawal yang lalu. Marilah kita sama panjatkan sebanyak2nya salawat dan salam kita kepada baginda yang banyak berkorban demi memastikan syiar Islam terus bersinar di muka bumi Allah ini. Allahumma solli ala saidina Muhammad.

'Kita adalah apa yang kita fikirkan', saya yakin semua orang pasti pernah mendengarnya. tetapi tidak ramai yang faham dengan maksud ungkapan tersebut.

Apa sebenar maksudnya? akan dirungkai sekarang. pernahkah anda memikirkan tentang diri anda? iya, memikirkan apa sahaja. soal pesonalitinya, kewangan, kekangan kerja, cinta, marahkan seseorang atau sebagainya.

Pasti perasaan anda akan berubah mengikut emosi yang anda lahirkan. betul atau tidak hanya anda yang tahu. itulah sebabnya kata2 kita seharian sangat mempengaruhi pola pemikiran kita pada hari tersebut.

Anda boleh cuba sekarang, katakan apa sahaja tentang diri anda dan rasakan sendiri.

Semoga perkongsian ini berguna dan bermanfaat. tunggu perkongsian saya seterusnya.

-salam

Cita-cita setinggi 'ARA'

Assalammualaikum w.b.t

Buat tatapan sahabat2..
Semua dari kita mempunyai cita2. tak kiralah dibidang apa sekalipun kita berada, kita mesti ada target yang dikejar.

Cita2, azam, target dan apa sekalipun namanya mesti memerlukan kesungguhan. pernahkah anda memargang target tetapi tidak pernah tercapai? pernahkah anda melupakan cita2 anda yang bertahun2 usianya hanya kerana sebuah kegagalan? pernahkah anda berazam tahun baru tetapi hanya bertahan 2,3 hari? jawapannya pasti pernah.

Kita semua adalah sama. kegagalan pasti akan menghambat. tapi ia terletak dakbm diri kita.

Pernahkah anda bertanya kepada diri anda mengapa semua ini berlaku? kalau jawapannya tidak pernah, maknanya anda perlu lakukannya sekarang.

Nilai kembali kesungguhan anda dalam mencapai cita2 yg diimpikan. cita2 bukan sekadar mimpi tetapi usaha.

Cita2 perlu ditamam kukuh di dalam diri agar ia akan terus subur hidup. bayangkan ia seperti pokok ara yang tinggi. hidupnya lama hasil kesabarannya bersaing untuk mendapatkan sumber matahari dan air dengan pokok2 yang lain disampingnya. bukan tidak pernah gagal, tetapi ia tidak pernah putus asa untuk berusaha. akhirnya ia bangga menjadi pokok tertinggi di dalam hutan.

Begitu juga kita, jgn skali2 mengalah untuk meneruskan hidup. kita perlu bersaing dgn nafsu sendiri untuk berjaya.

kita yang memilih jalan hidup kita. pilihlah jalan terbaik dan jangan skali2 berputus asa.


Wassalam...