Assalammualaikum..
Semoga hari ini hari yang menggembirakan buat kita semua. kegembiraan yang membuatkan kita terseyum sendirian atau lebih manis dikongsi bersama orang lain.
Baiklah, persoalan saya, dari mana datangnya perasaan gembira anda? pastinya jawapannya dari hati. apa yang menyebabkan anda gembira? itu anda sendiri yang tahu.
Sudah tentu anda telah membaca entri saya sebelum ini, mengenai 'kita, apa yang kita fikirkan' mana yang belum membacanya boleh memilih mana satu yang perlu didahulukan.
Baiklah, berbalik kepada perbincangan kita. entri saya sebelum ini menyatakan kitalah yang melahirkan emosi yang kita mahu.
contohnya kegembiraan seperti yang saya sebut pada awal entri. adakah secara automatik anda merasa gembira setelah membaca perkataan ' gembira'..anda pasti akan terbayang hari2 yang anda lalui sebelum ini.
Secara automatik minda menayangkan kepada anda detik2 itu. apapun tayangannya, pasti ia akan mengubah emosi anda. akhirnya anda tersenyum tanpa anda sedari. kecerian mula terpancar dan mempengaruhi aktiviti anda.
Inilah saya maksudkan 'anda adalah apa yang anda fikirkan'. mudah bukan? sekelip mata ia mengubah keadaan anda.
Anda berhak menentukan hidup anda. teruskan fositif menilai hidup. kerana 'Anda, adalah apa yang anda fikirkan'
Salam kecerian..
'Anda, adalah apa yang anda fikirkan' siri 2
Posted by
MuFaJaRi
on Wednesday, March 3, 2010
Labels:
Motivasi