Cita-cita setinggi 'ARA'

Assalammualaikum w.b.t

Buat tatapan sahabat2..
Semua dari kita mempunyai cita2. tak kiralah dibidang apa sekalipun kita berada, kita mesti ada target yang dikejar.

Cita2, azam, target dan apa sekalipun namanya mesti memerlukan kesungguhan. pernahkah anda memargang target tetapi tidak pernah tercapai? pernahkah anda melupakan cita2 anda yang bertahun2 usianya hanya kerana sebuah kegagalan? pernahkah anda berazam tahun baru tetapi hanya bertahan 2,3 hari? jawapannya pasti pernah.

Kita semua adalah sama. kegagalan pasti akan menghambat. tapi ia terletak dakbm diri kita.

Pernahkah anda bertanya kepada diri anda mengapa semua ini berlaku? kalau jawapannya tidak pernah, maknanya anda perlu lakukannya sekarang.

Nilai kembali kesungguhan anda dalam mencapai cita2 yg diimpikan. cita2 bukan sekadar mimpi tetapi usaha.

Cita2 perlu ditamam kukuh di dalam diri agar ia akan terus subur hidup. bayangkan ia seperti pokok ara yang tinggi. hidupnya lama hasil kesabarannya bersaing untuk mendapatkan sumber matahari dan air dengan pokok2 yang lain disampingnya. bukan tidak pernah gagal, tetapi ia tidak pernah putus asa untuk berusaha. akhirnya ia bangga menjadi pokok tertinggi di dalam hutan.

Begitu juga kita, jgn skali2 mengalah untuk meneruskan hidup. kita perlu bersaing dgn nafsu sendiri untuk berjaya.

kita yang memilih jalan hidup kita. pilihlah jalan terbaik dan jangan skali2 berputus asa.


Wassalam...