pada asasnya manusia dilahirkan sama sahaja. lahir2 sahaja ke dunia telah dibekalkan dengan peralatan untuk meneruskan kehidupan. mata, telinga, tangan, kaki, hidung, mulut dan paling berharga dan bernilai otak. walaupun tidak dinafikan adanya insan-insan istimewa yang dilahirkan dengan kekurangan.
Tetapi Allah itu maha adil kerana memberi anugerah lain kpd insan-insan istemewa tersebut.
Akal yang Allah bekalkan kepada kita jarang sekali untuk disyukuri. mana mungkin manusia boleh mencipta mesin sehebat otak apalagi yang setanding dengannya.
Fungsi2 otak sering disempitkan manusia. fungsi otak mempunyai pelbagai guna yang mana setiap fungsinya perlu dipelajari untuk memastikan setiap kelebihannya digunakan secara optimum oleh manusia.
Manusia boleh merasai cinta dengan sekelip mata, rasa benci dengan sekelip mata. rasa malas, rajin, mengantuk, cergas dengan tiba2 apabila dikehendaki atau tidak. semua atas kawalan diri sendiri. semua ini perlu dipelajari.
Manusia adalah satu2nya makhluk yang Allah ciptakan sehebat ini. namun sering dikufuri nikmatNya
syukurilah nikmat Allah dengan kita mengoptimumkan usaha dan doa kita untuk menuju ke puncak kejayaan.
-salam